Friday, April 24, 2009

Catatan Harian Saya

Saya suka pergi bermain dan berlatih tekwando.Pada pertandingan tahun lepas saya mendapat dua pingat gangsa dan saya juga bermain bola tampar saya mendapat satu pingat gangsa dan pingat perak .Setiap hari balik sekolah saya ada kelas tambahan dan korulikulum.Tiap-tiap hari saya balik sekolah dalam pukul 3:30 dan pukul 5.00 petang. saya akan menghadapi peperiksaan UPSR bulan depan.

Wednesday, April 22, 2009

Percubaan Pertama...

Ini percubaan pertama saya menjadi seorang blogger. Tidak pernah terlintas di dalam hati saya untuk cuba menjadi seorang penulis. Namun, desakan daripada kakak saya menjadikan saya tekad untuk mencuba. Sekurang-kurangnya, saya dapat menjadi saya sendiri.

Anda boleh memanggil saya, Ameer. Saya dilahirkan pada 19 Julai 1997 di Pusat Perubatan An-Nisa. Perihal ibu bapa saya, tidak perlulah saya ceritakan. Saya adalah anak kedua dan anak lelaki tunggal dalam tiga beradik. Kakak saya bernama Zulikha, manakala adik saya bernama Natasya. Kami sangat rapat, walaupun sentiasa berbalah.

Saya memulakan alam persekolahan yang pertama di Fatima Kindergarten, berbeza dengan kakak saya yang memulakan alam persekolahannya yang pertama di Grace Kindergarten. Ini mungkin kerana kegawatan ekonomi yang melanda pada saat itu. Selepas itu, saya menyambung alam persekolahan saya di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hwa.

Kini, saya menetap di Kampung Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan bersama datuk, nenek, kakak dan adik saya. Datuk saya seorang yang baik hati, nenek saya seorang yang garang, kakak saya seorang celupar, tetapi sangat peramah dan adik saya pula sangat nakal. Kadang-kadang, saya membantu kakak saya menyulam ilham untuk genre fiksyen sains, walaupun katanya, dia tidak berminat dengan subjek sains.

Selalu kakak saya bertanya, sama ada saya mahu cuba menjadi seorang penulis sepertinya atau pun tidak. Ketika itu, saya masih lagi membisu. Sememangnya, saya seorang perahsia berbanding dengan kakak saya. Apa-apa pun, saya akan teruskan dengan percubaan pertama.